116 Hadis Pilihan Riyadhus Solihin (Terjemahan Qutuful Falihin)

Kitab ini adalah sebuah kitab terjemahan kepada kitab "Qutuful Falihin" yang disusun oleh Al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz. Seorang tokoh ulama' sufi sunni daripada Yaman yang terkenal di serata dunia dengan keilmuan dan kesolehannya. Kandungan Kitab "Qutuful Falihin" adalah susunan beberapa hadis-hadis yang diambil daripada Kitab "Riyadhus Solihin", karangan Imam Abu Zakaria, Yahya bin Syaraf An-Nawawi.


Al-Habib Umar bin Hafidz secara cermat memilih hadis-hadis yang berkualiti tinggi dan relevan dengan kehidupan umat Islam pada zaman moden.

Kitab ini membahas pelbagai aspek kehidupan, mulai dari ibadah, etika, akhlak, hubungan sosial, hingga tata cara berinteraksi dengan lingkungan sekitar. 


"Qutuful Falihin" dapat dijadikan sebagai panduan bagi umat Islam dalam mendalami pemahaman agama dan meningkatkan kualiti kehidupan spiritual dan moral mereka. Kitab ini telah menjadi salah satu sumber rujukan yang penting bagi mereka yang ingin mendalami hadis-hadis Nabi Muhammad SAW dan menerapkannya dalam kehidupan harian.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
116 Hadis Pilihan Riyadhus Solihin (Terjemahan Qutuful Falihin)
JUMLAH

Kos Penghantaran

JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN